[PARLIMEN] Pindaan Akta 342 ditangguh ke sidang akan datang - Utusan Malaysia

[PARLIMEN] Pindaan Akta 342 ditangguh ke sidang akan datang

KHAIRY JAMALUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pindaan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) ditangguhkan ke sidang Dewan Rakyat akan datang.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, penangguhan itu susulan banjir kilat yang berlaku sekali gus perkara itu perlu menjadi keutamaan.

Tambahnya, beliau telah membincangkan mengenai akta berkenaan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai perkara tersebut.

“Kita perlu fokus kepada banjir kilat sekarang. Atas semangat itu, rang undang-undang akan ditangguhkan,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Terdahulu, Dewan Rakyat ditangguh selama 15 minit.

Dewan Rakyat bersidang sehari tambahan hari ini bagi membahaskan pindaan Akta 342 membabitkan peningkatan kompaun bagi individu dan syarikat yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) Covid-19.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya