PGA, PSP guna ‘ water canon’  bersihkan sekolah - Utusan Malaysia

PGA, PSP guna ‘ water canon’  bersihkan sekolah

ANGGOTA PGA dan PSP membantu membersihkan Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Sri Muda, Seksyen 25, Shah Alam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Pasukan Gerakan Am (PGA)  dan Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) bersama-sama guru Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Sri Muda, Seksyen 25, Shah Alam, membersihkan semula sekolah itu yang terkesan akibat banjir, baru-baru ini.

Menerusi hantaran Facebook rasmi PDRM, menerusi operasi berkenaan melibatkan sebuah jentera “water canon”, lori dan kenderaan lasak pacuan empat roda jenis Land Rover bagi membantu tugas-tugas pembersihan.

Kata hantaran itu, tugas pembersihan turut dibantu sekumpulan pelajar sekolah tersebut yang sama-sama melapangkan masa membantu pihak berkuasa dan guru mereka mencuci bilik darjah serta peralatan belajar yang rosak terkena banjir.

“Yang hadir sama menyumbang tenaga di sekolah tadi ialah dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Askar Wataniah dan sukarelawan Jabatan Pendidikan Malaysia,” kata hantaran itu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya