Pesakit Covid-19 di ICU menurun menghampiri 300 kes - Utusan Malaysia

Pesakit Covid-19 di ICU menurun menghampiri 300 kes

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pesakit Covid-19 yang memerlukan rawatan di unit Rawatan Rapi (ICU) terus  merekodkan penurunan kes apabila mencatatkan 306 kes berbanding semalam, 324 pesakit.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan pula kekal di bawah 200 kes apabila merekodkan 170 kes berbanding semalam, 175 kes.

Bagi kes positif, katanya, ia menunjukkan penurunan iaitu 2,778 kes berbanding semalam, 3,160 kes sekali gus diatasi pesakit yang sembuh pula, 3,539 kes.

“Malaysia merekodkan sebanyak 2.2 peratus bersamaan 60 kes daripada 2,778 kes harian positif Covid-19 melibatkan kategori tiga, empat dan lima, hari ini.

“Bakinya, 2,718 kes bersamaan 97.8 peratus adalah terdiri daripada kategori satu dan dua,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Noor Hisham berkata, dua kluster baharu dicatatkan yang menjadikan jumlah kluster terkumpul sejak pandemik melanda negara iaitu 6,103 kluster. 

“Sebanyak 218 kluster aktif manakala jumlah kluster yang telah tamat sebanyak 5,885 kluster,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan kematian, jumlah kematian yang dilaporkan iaitu 25 kes berbanding kelmarin, 25 kes.

Rekod terbabit adalah setakat pukul 7 petang, hari ini berdasarkan maklumat dikemas kini melalui laman web, https://covidnow.moh.gov.my menjadikan keseluruhan kes terkini sebanyak 31,315 kes.

Bagi kes kematian yang dibawa ke hospital (BID), sebanyak empat daripada 25 kes dengan jumlah keseluruhan sebanyak 6,325 kes. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya