Pesakit Covid-19 di ICU kembali bawah 400 kes - Dr. Noor Hisham

Pesakit Covid-19 di ICU kembali bawah 400 kes

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) kembali menunjukkan penurunan di bawah 400 kes apabila merekodkan sebanyak 382 kes berbanding semalam, 408 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kes memerlukan alat bantuan pernafasan pula terus konsisten menurun iaitu 201 kes berbanding semalam, 206 kes.

“Bagi kes positif hari ini, ia menunjukkan peningkatan iaitu 4,097 kes berbanding semalam, 3,504 kes sekali gus diatasi pesakit yang sembuh pula, 4,301 kes.

“Sebanyak enam kluster baharu dicatatkan yang menjadikan jumlah kluster terkumpul sejak pandemik melanda negara iaitu 6,049 kluster dengan 245 kluster aktif manakala jumlah kluster yang telah tamat sebanyak 5,804 kluster,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Noor Hisham berkata, daripada 4,097 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 86 kes (2.1 peratus) adalah kategori tiga, empat dan lima, manakala bakinya, 4,011 kes (97.9 peratus) adalah terdiri daripada kategori satu dan dua.

Dalam perkembangan berkaitan kematian, Malaysia semalam, mencatatkan peningkatan jumlah kematian yang dilaporkan iaitu 29 kes berbanding kelmarin, 17 kes. 

Rekod terbabit adalah setakat pukul 7 petang, hari ini berdasarkan maklumat dikemas kini melalui laman web https://covidnow.moh.gov.my menjadikan keseluruhan kes terkini sebanyak 30,908 kes. 

Bagi kes kematian yang dibawa ke hospital (BID), sebanyak lapan daripada 29 kes dengan jumlah keseluruhan sebanyak 6,254 kes. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya