Peruntukan RM17.2 juta untuk banjir gelombang kedua - Utusan Malaysia

Peruntukan RM17.2 juta untuk banjir gelombang kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyediakan peruntukan dianggarkan sebanyak RM17.2 juta sebagai persiapan menghadapi banjir gelombang kedua.

Unjuran kos terkini berkenaan dengan mengambil kira persediaan bagi tujuan perkhidmatan kutipan, pembersihan dan pelupusan sisa bencana tersebut di beberapa buah negeri terlibat.

“Usaha pembersihan akan dilipatgandakan melalui pertambahan aset seperti tong roro, jentera pengangkut dan jentolak ‘backhoe’,” kata kementerian itu menerusi kenyataan hari ini.

Ahad lalu, Menterinya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican di Jelebu, Negeri Sembilan mengumumkan peruntukan darurat RM5.4 juta untuk pemulihan banjir gelombang pertama melibatkan empat negeri dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang terjejas teruk akibat bencana itu sejak 18 Disember lalu sehingga berlaku timbunan sampah amat besar.

Pada masa sama, kementerian menyediakan RM6 juta kepada Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) bagi pemulihan gelombang pertama minggu lalu.

Mengulas lebih lanjut, Ketua Setiausaha kementerian, Datuk M. Noor Azman Taib turut mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Pengurusan Pembersihan Pascabanjir semalam susulan arahan dari Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali ketika Mesyuarat Koordinasi Task Force dan Kesiapsiagaan Gelombang Kedua semalam. 

Justeru, bagi mengelak kekalutan dan memastikan semua jentera diselaras secara optimum, SWCorp diarahkan segara memastikan kerjasama pelbagai pihak termasuk mekanisme aset.  Mesyuarat itu juga membincangkan usaha bagi mempercepatkan pembersihan sampah yang turut melibatkan pewujudan 10 buah stesen pengurusan pemindahan sementara di Selangor bagi memudahkan penduduk dan pertubuhan bukan kerajaan dapat membuang sisa pepejal dan peralatan rumah mangsa banjir yang rosak tanpa sebarang bayaran tip di tapak. – UTUSAN ONLINE 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya