Pertimbang rebat bil utiliti, pengecualian cukai pintu untuk mangsa banjir  - Utusan Malaysia

Pertimbang rebat bil utiliti, pengecualian cukai pintu untuk mangsa banjir 

LOH KER CHEAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan dicadang mempertimbang rebat bil utiliti dan pengecualian cukai pintu bagi meringankan beban mangsa banjir. 

Pengarah Komunikasi Wanita PKR, Loh Ker Chean berkata, sebanyak RM200 rebat bil air dan elektrik dicadang diberikan, RM500 bagi mereka yang memiliki lot atau rumah kedai kepada mangsa banjir dan RM1,500 kepada pemilik-pemilik kilang. 

Selain itu, beliau mencadangkan supaya perkhidmatan jalur lebar percuma diberikan oleh pembekal perkhidmatan selama tiga bulan selain kerajaan negeri boleh mengecualikan cukai pintu premis selama enam bulan kepada mangsa banjir. 

“Pengecualian dan rebat bil ini hanyalah bantuan kewangan yang kecil berbanding kerugian besar ratusan ribu dialami orang ramai, para pengusaha dan peniaga akibat kerugian daripada kemusnahan perabot dan kelengkapan kerana banjir.

“Oleh itu, agensi kerajaan dan sektor swasta digesa membantu meringankan tekanan kewangan yang dihadapi oleh mangsa banjir di seluruh negara sebagai satu bentuk khidmat negara pada masa-masa getir ini. Ibarat kata pepatah, yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya