Pertembungan sesama parti pembangkang memenangkan calon GPS - Utusan Malaysia

Pertembungan sesama parti pembangkang memenangkan calon GPS

BOBBY WILLIAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Pertembungan sesama parti pembangkang pada pilihan raya negeri (PRN) Sarawak yang baru berlalu menyumbang kepada kemenangan besar Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Justeru, Presiden Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDSB) Bobby William berharap kesilapan yang sama jangan diulangi pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

“Parti-parti pembangkang yang mempunyai matlamat yang sama harus bersatu pada PRU akan datang, yang dijangka diadakan selewat-selewatnya bulan Mei pada tahun depan,” kata Bobby.

Menurut beliau, hal sedemikian penting bagi mengelak pertembungan sesama parti pembangkang bagi menghadapi GPS.

Katanya, pertembungan sesama sendiri (antara parti pembangkang) akan mengakibatkan perpecahan undi pembangkang.

Bobby juga menyatakan bahawa PBDSB ditolak oleh pengundi Dayak sendiri disebabkan oleh kurangnya kesedaran politik dalam kalangan masyarakat Dayak serta mendakwa politik wang pihak lawan amat tinggi.

Katanya, PBDSB akan terus memberi kesedaran politik kepada penduduk luar bandar sehingga visi dan misi parti itu menjadi kenyataan.

“PBDSB lantang bersuara mengenai Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR), sosioekonomi Dayak, pendidikan, kewarganegaraan, kesihatan, peluang pekerjaan dalam sektor awam dan GLC, taraf Dayak diiktiraf dalam Perlembagaan Malaysia dan Negeri Sarawak, pembangunan infrastuktur luar bandar dan sebagainya.

“Kita mahu hak kita tanpa menidakkan hak kaum-kaum lain” ujar Bobby.

Beliau mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri Sarawak yang baru dibentuk dan berharap agar janji pilihan raya akan ditunaikan oleh kerajaan yang baru ini.

PBDSB menurutnya lagi, akan menjadi pemerhati bagi memastikan manifesto dan janji pilihan raya GPS ditunaikan dan dilaksanakan.

Sehubungan itu, beliau menyeru kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Tindakan Demokratik (DAP), Parti Sarawak Bersatu (PSB), Parti Bumi Kenyalang (PBK) dan parti pembangkang lokal yang lain harus nyatakan pendirian mereka dan penyatuan di bawah matlamat yang sama memperjuangkan hak Sarawak.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya