‘Perpisahan ini buat kami jadi lebih rapat’ - Yasmin Hani, Sha'arin bercerai - Utusan Malaysia

‘Perpisahan ini buat kami jadi lebih rapat’ – Yasmin Hani, Sha’arin bercerai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara, Yasmin Hani dan suaminya, Sha’arin Mohamed Razali disahkan bercerai, selepas lebih 10 tahun ikatan rumah tangga dibina.

Perkara tersebut, dimaklumkan sendiri mereka berdua menerusi hantaran di platform Instagram, semalam.

Menurut Yasmin, mereka sudah dapat melaksanakan apa yang disepertujui bersama.

“Sha’arin dan Hani dapat melaksanakan apa yang telah kami persetujui bersama.

“Kami berdua bersetuju akan memulakan perjalanan baru secara berasingan dalam keadaan baik -baik sahaja.

“Kami juga bersetuju untuk kekal bersepakat dalam membesarkan kedua-dua anak kesayangan dalam ruang yang penuh dengan kasih sayang dan toleransi,” dedahnya di Instagram.

Selanjutnya, walaupun tidak berkongsi butiran lebib lanjut mengenai perpisahan mereka, namun dia berharap semua pihak dapat dapat memberi ruang dan menghormati keputusan mereka.

“Kami betul-betul berharap agar semua pihak dapat memberi ruang dan menghormati keputusan kami ini demi kesejahteraan keluarga dan anak-anak,” katanya.

“Saya juga mahu ucapkan terima kasih buat semua yang menitipkan kata positif dan doa.Walaupun memilih untuk berpisah, namun kami akan terus menjadi sebuah keluarga penyayang.

“Malah, perpisahan ini buat kami jadi lebih rapat. Kami masih rapat kerana Noah dan Eissa, tetap menjadi ibu bapa kepada mereka berdua,” katanya.

Sekadar informasi, Hani dan Sha’ari selamat melayari alam perkahwinan pada tahun 2011 dan dikurniakan dua cahaya mata.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya