Perniagaan sarang burung walet antara sektor perusahaan yang menguntungkan dalam kalangan masyarakat Sabah.
Melihat peluang keemasan itu, Sinah Lamada, 48, bersama suami, Ajin @ Laiwin, 58, mula menceburi perusahaan sarang burung walet hampir enam tahun lalu menerusi syarikat Walid Sunshine.
“Saya memulakan perniagaan ini dengan membina rumah untuk membela burung walet.
“Setiap bulan, dianggarkan empat hingga lima kilogram (kg) sarang burung ini dapat dituai dengan hampir 150 hingga 155 sarang untuk dijual,” katanya.
Akui Sahabat AIM itu, sarang burung walet diperoleh dalam pelbagai gred dan bagi yang bagus, nilainya boleh mencecah ribuan ringgit.
Untuk tempahan, hubungi talian 019-580 0196. – UTUSAN