Perlis tawar enam insentif tarik pelabur - Utusan Malaysia

Perlis tawar enam insentif tarik pelabur

AZLAN MAN menjawab soalan lisan dalam sidang DUN Perlis di Kompleks DUN Kangar, Perlis, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Kerajaan negeri menawarkan enam insentif berkaitan cukai dan tanah bagi menarik minat pelabur asing untuk membuat pelaburan di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man berkata, inisiatif di bawah Pakej Insentif Rangsangan Pelaburan Pasca Covid-19 tersebut berkuat kuasa 1 Februari lalu sehingga 31 Disember 2022.

Katanya, insentif yang telah ditawarkan itu paling menarik berbanding Pulau Pinang, Perak dan Kedah yang merupakan tiga lagi negeri di bawah Koridor Utara.

“Insentif tersebut adalah melibatkan pengurangan premium tanah pada kadar 10 peratus sehingga 30 peratus, kaedah bayaran cukai tanah secara berjadual dan pengecualian bayaran caj perkhidmatan (cadangan pembangunan) sebanyak RM1,000.

“Selain itu, ia juga melibatkan keputusan dasar Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) dalam tempoh dua minggu dari tarikh pembentangan dalam Jawatankuasa Teknikal Pembangunan Negeri Perlis serta pengurangan cukai taksiran sebanyak 10 peratus bagi sektor pergudangan dan pembuatan dalam tempoh dua tahun bagi pelabur baru.

“Insentif keenam adalah pengurangan bayaran lesen bagi sektor pergudangan dan pembuatan dalam tempoh dua tahun bagi pelabur baru,” katanya dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya