Perkasa peranan FAMA atasi isu kenaikan harga makanan - Utusan Malaysia

Perkasa peranan FAMA atasi isu kenaikan harga makanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kerajaan digesa menilai semula dan memperkasa peranan yang boleh dilakukan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) bagi menurunkan harga sayur, ayam, daging dan ikan.

Presiden Yayasan Media Hebat (YMH), Datuk Seri Dzulkarnain Taib berkata, beliau melihat lembaga tersebut seolah-olah hilang taring apabila dilihat tidak mampu mengawal kesemua harga bahan mentah terbabit.

“Memang tidak dinafikan faktor pelbagai kos yang telah menyebabkan harga sayur, ayam, daging dan ikan naik.

“Tetapi, tak kan FAMA tidak mampu membuat berbuat sesuatu bagi mengawal kenaikan semua barang ini,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Minggu lalu, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Rosol Wahid memaklumkan bahawa pihaknya menjangkakan harga ayam dan sayur akan kembali stabil dalam tempoh satu atau dua bulan lagi. 

Sehubungan itu, kerajaan telah melancarkan Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM), awal bulan ini, yang menjual kesemua bahan makanan mentah ini dengan harga sehingga 50 peratus di bawah harga pasaran bagi mengatasi masalah terbabit.

Dalam pada itu, Dzulkarnain menyambut bagi PJKM yang dilaksanakan ketika ini, namun baginya ia hanya penyelesaian jangka masa pendek bagi isu berkenaan.

“Saya cadangkan FAMA menganjurkan pasar jualan, setiap hari di semua daerah di seluruh negara.

“Kalau boleh, FAMA beli sebanyak mungkin sayur, ayam, daging dan ikan daripada ladang dan jeti dan jual kepada pengguna.

“Sekiranya perkara ini boleh dilakukan, Insya-Allah, semua harga bahan makanan ini boleh diturunkan,” tegasnya. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya