Perak sedia bantu negeri terlibat banjir - Utusan Malaysia

Perak sedia bantu negeri terlibat banjir

SAARANI MOHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Kerajaan Perak sedia membantu negeri yang terlibat banjir namun bantuan bergantung kepada keperluan mangsa dan kemampuan kerajaan negeri.

Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, Perak sedang meneliti bantuan yang diperlukan supaya tidak jadi lambakan bantuan, yang akan menyebabkan keadaan tidak terkawal.

Menurutnya, beliau sudah berbincang perkara itu dengan Setiausaha Kerajaan Negeri yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bencana Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim.

“Beliau (Ahmad Suaidi) sudah berhubung dengan Setiausaha Kerajaan Negeri yang terlibat iaitu Pahang dan Selangor dan meminta semua pihak berkuasa tempatan menghubungi rakan-rakan mereka di negeri berkenaan jika ada keperluan (bantuan).

“Ini kerana apabila berlaku bencana, mesti ditentukan dahulu apakah bantuan yang diperlukan supaya jangan jadi lambakan yang tak tentu arah.

“Kalau (semua) pakat hantar bot, nanti pemandu bot tak ada. Jadi, apa bantuan yang diperlukan, kita akan gariskan dan apakah kemampuan kita untuk membantu, kalau kita ada ‘man power’ kita hantar ‘man power’,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Menurut Saarani, beliau difahamkan walaupun banjir sudah surut di Selangor tetapi keperluan utama mangsa banjir di negeri itu ketika ini ialah untuk membersihkan kesan banjir.

“Ia sama ada kayu, sampah dan paling sukar ialah lumpur kering yang sukar untuk dibersihkan kerana memerlukan air,” katanya.

Sementara itu, Saarani berkata, paras air di empat empangan di Sungai Perak terkawal dan di bawah paras amaran.

Setakat pukul 4 petang semalam, Empangan Temengor mencatat paras semasa iaitu 242.23 meter, berbanding paras amaran 247.00m dan paras bahaya  248.42m.

Empangan Bersia pula mencatat paras semasa 140.34m, berbanding paras amaran 141.30m dan paras bahaya  141.43m.

Empangan Kenering mencatat paras semasa 110.04m, berbanding paras amaran 111.00m dan paras bahaya  111.10 m manakala Empangan Chenderoh, paras semasa mencatat 59.64m berbanding paras amaran 59.90m dan paras bahaya 60.42m.

“Empat empangan ini dipantau secara rapat oleh TNB. Setiap hari saya memantau laporan TNB mengenai paras air di empat empangan ini dan buat masa ini terkawal dan masih di paras selamat,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya