Perak kenal pasti lokasi untuk Tapak Geopark Kebangsaan - Utusan Malaysia

Perak kenal pasti lokasi untuk Tapak Geopark Kebangsaan

SAARANI MOHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Kerajaan Perak akan mengenal pasti beberapa kawasan di negeri ini yang boleh diangkat menjadi Tapak Geopark Kebangsaan selain Lembah Kinta dan Lenggong.

Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, negeri ini mempunyai banyak lokasi menarik yang boleh dicadangkan sebagai Tapak Geopark Kebangsaan.

Menurutnya, ia merupakan antara usaha kerajaan negeri dalam menarik kedatangan ramai pelancong ke Perak bagi membantu penggiat industri berkenaan serta peniaga tempatan menjana ekonomi.

“Kita sebenarnya banyak tempat tetapi kita kena usaha kerana untuk memperoleh penarafan itu ada banyak perkara kita kena penuhi.

“Ada banyak tempat bersejarah kita kena cari dan jika sesuai dengan kriteria-kriteria ditetapkan, ia akan diisytiharkan sebagai Geopark Kebangsaan,” katanya ketika mengulas mengenai pengiktirafan Lenggong sebagai Tapak Geopark Kebangsaan.

Terdahulu Saarani merasmikan program Majlis Pra Pelancaran Pangkor International Boat Show 2022 di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.

Mengenai pengiktirafan Tapak Geopark Kebangsaan yang diperoleh Lenggong, Saarani berkata, ia merupakan antara produk pelancongan yang dinantikan-nantikan oleh kerajaan negeri yang selama ini diusahakan oleh Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah.

Menurutnya, Shamsul Anuar akan memulakan promosi secara besar-besaran selepas Lenggong menerima pengiktirafan berkenaan pada 16 Disember lalu semasa Mesyuarat Jawatankuasa Geopark Kebangsaan.

“Ini merupakan satu lagi destinasi pelancongan yang menarik dan kita akan jadikan ia sebahagian daripada destinasi utama pelancongan negeri Perak,” katanya.

Mengenai penganjuran Pangkor International Boat Show 2022, Saarani berkata, acara itu akan diadakan pada 19 hingga 23 Oktober 2022 bertempat di Lumut Explanade, Lumut.

“Kerajaan negeri menyasarkan kehadiran lebih 60,000 pengunjung domestik dan antarabangsa dengan menempatkan lebih 100 bot di atas air serta 300 lot pameran di darat,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya