Penjual DVD didenda RM5,000 jual DVD filem tanpa hak cipta - Utusan Malaysia

Penjual DVD didenda RM5,000 jual DVD filem tanpa hak cipta

AZMAN ADAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Seorang penjual cakera video digital (DVD) didenda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen Alor Setar selepas didapati bersalah menjual karya DVD filem tanpa hak cipta pada 26 November lalu.

Perkara itu disahkan Pengarah Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Azman Adam menerusi kenyataan, hari ini.

Azman berkata, tertuduh didapati menjual DVD filem bertajuk Ada Apa Dengan Dosa tanpa hak cipta menerusi platform beli belah dalam talian, Shoppe.

Beliau berkata, tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan itu selepas kes didengar semula di mahkamah pada 28 Disember lalu.

“Siasatan mendapati, tertuduh didapati menjual satu salinan karya filem dalam bentuk DVD itu tanpa hak cipta pada 2 Julai lalu sebelum serbuan dibuat di sebuah premis di No. 18, Tingkat Bawah, Kompleks Sultan Abdul Hamid, Jalan Pegawai, Alor Setar, Kedah pada 28 November lalu.

“Siasatan mendapati hak cipta DVD filem itu masih dimiliki dan masih wujud bagi Pencil Pictures And Records Sdn. Bhd,” katanya.

Katanya, pemeriksaan dijalankan ke atas telefon bimbit jenis IPhone 7 Plus milik tertuduh dan mendapati tertuduh memiliki satu akaun Shopee yang memaparkan rekod penjualan DVD itu.

Azman berkata, susulan itu, tertuduh didapati melakukan kesalahan mengikut Seksyen 41(1)(b) Akta Hakcipta 1987 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 41(1)(b)(i) akta yang sama.

“Mahkamah turut memutuskan tertuduh supaya eksibit dilucut hak dan diserahkan kepada pihak pendakwaan mengikut Seksyen 50A Kanun Acara Jenayah (KAJ),” katanya.-UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya