Penggantungan sementara VTL jejas pembukaan semula ekonomi Johor - Utusan Malaysia

Penggantungan sementara VTL jejas pembukaan semula ekonomi Johor

MOHD. IZHAR AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Keputusan kerajaan menggantung sementara penjualan tiket bas dan penerbangan bagi inisiatif Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) Malaysia dan Singapura akan menjejaskan pembukaan semula sektor ekonomi Johor.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia negeri, Datuk Mohd. Izhar Ahmad berkata, hal itu kerana peniaga telah mula mengeluarkan modal baharu ekoran pelaksanaan VTL darat sebelum ini.

Katanya, walaupun penggantungan itu hanya sementara namun ia tetap memberi kesan khususnya kepada sektor perniagaan yang bergantung kepada Singapura.

“Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad akan mengadakan mesyuarat dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob esok yang mana perkara ini akan turut dibincangkan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Terdahulu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memberitahu, pihaknya memutuskan untuk menggantung sementara penjualan tiket bas dan penerbangan bagi VTL Malaysia dan Singapura bermula esok hingga 20 Januari 2022.

Sementara itu, Pengurus syarikat Handal Indah Sdn. Bhd., Mahathir Annuar berkata, tiket perjalanan pergi balik melalui bas Causeway Link antara 20 Disember hingga 2 Januari telah habis setelah tempahan dibuka bermula 15 Disember lalu. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya