Pengarah syarikat forex didakwa - Utusan Malaysia

Pengarah syarikat forex didakwa

NORMAN Zakaria (tengah) mengaku tidak bersalah memindahkan wang hasil aktiviti haram berjumlah RM470,000 di Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Seorang pengarah sebuah syarikat pelaburan mata wang asing (forex) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan berkaitan pengubahan wang haram bernilai RM470,000, tahun lalu.

Tertuduh, Norman Zakaria, 31, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Muhamad Anas Mahadzir. 

Mengikut pertuduhan, tertuduh sebagai pengarah syarikat Essence Pro Services didakwa  memindahkan wang berjumlah RM470,000 yang merupakan hasil daripada aktiviti haram dari sebuah akaun milik syarikat itu kepada akaun sebuah syarikat lain. 

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah cawangan bank, Seksyen 14 di sini pada 6 November 2020. 

Dia dituduh melakukan kesalahan mengikut subseksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan Dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 (Akta 613) dan dibaca bersama subseksyen 87 (1) Akta 613 yang boleh dihukum di bawah subseksyen 4 (1) akta sama. 

Jika sabit kesalahan, dia boleh dihukum penjara sehingga 15 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai hasil aktiviti haram atau RM5 juta, mengikut mana lebih tinggi. 

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Fairuz Syuhada Amran dan Vivien Yeap Jie Xi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan jaminan RM7,000 dengan seorang penjamin dan sebutan pada 20 Januari 2022. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya