Pengantin baharu ditemukan lemas di Kampung Baru Lanjut - Utusan Malaysia

Pengantin baharu ditemukan lemas di Kampung Baru Lanjut

SEORANG penduduk menemukan mayat dalam keadaan terapung di sebuah tali air di Taman SP 18, Desa Salak Pekerti, Sepang, Selangor. - FOTO IHSAN PEMBACA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Seorang lelaki yang baharu sahaja mendirikan rumah tangga pada 12 Disember lalu ditemui lemas di sebuah tali air berhampiran Desa Salak Pekerti, pagi tadi.

Mangsa dikenali sebagai Muhammad Syafiq Saharuddin, 26, yang juga pegawai operasi di bahagian pengurusan pelanggan di Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, mayat mangsa ditemukan seorang penduduk kira-kira pukul 11 pagi dalam keadaan terapung di sebuah tali air di Taman SP 18, Desa Salak Pekerti, di sini.

Beliau berkata, pemeriksaan tubuh badan mangsa dapati tiada unsur-unsur jenayah dan dipercayai mati lemas.

“Sebelum itu, ahli keluarga mangsa sudah melaporkan kehilangan mangsa pada Ahad lalu di Balai Polis Bandar Baru Salak Tinggi.

“Menurut adiknya, mangsa kali terakhir dilihat ketika meredah banjir untuk mengambil barang rumah di Kampung Baru Lanjut di sini, yang pada ketika itu air berada pada paras dada,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Serdang untuk ujian calitan Covid-19 dan bedah siasat.

Berita kematian arwah turut dikongsi menerusi MAHB menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

MAHB berkata, arwah berkhidmat sebagai pegawai operasi di bahagian pengurusan pelanggan.

“Pemergian beliau adalah satu kehilangan yang besar buat kami semua. Allahyarham yang baru mendirikan rumahtangga minggu lalu amat disenangi oleh keluarga dan rakan-rakannya.

“Arwah adalah seorang anggota yang berdedikasi, beretika tinggi serta ikhlas dalam melaksanakan tugasannya,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya