Penganggur rogol, liwat wanita dipenjara 12 tahun, sebatan - Utusan Malaysia

Penganggur rogol, liwat wanita dipenjara 12 tahun, sebatan

ABDUL Karim Abu Kasim (kanan) dihukum penjara 12 tahun dan 12 sebatan kerana merogol dan meliwat seorang wanita di Mahkamah Sesyen Kemaman hari ini. - UTUSAN/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Seorang penganggur dihukum penjara 12 tahun dan 12 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana merogol dan meliwat seorang wanita, dua tahun lalu.

Hakim, Wan Suhaila Mohd. menjatuhkan hukuman itu selepas Abdul Karim Abu Kasim, 38, mengaku bersalah atas kedua-dua pertuduhan yang dibacakan terhadapnya.

Katanya, bagi pertuduhan pertama, tertuduh dikenakan hukuman penjara 12 tahun dan 10 sebatan manakala pertuduhan kedua pula, tujuh tahun penjara dan dua sebatan.

Bagaimanapun, mahkamah memerintahkan kedua-dua hukuman itu dijalankan serentak bermula dari tarikh ditangkap pada 19 November 2019.

Mengikut pertuduhan pertama, Abdul Karim didakwa merogol mangsa yang ketika itu berusia 28 tahun di sebuah bangsal di ladang kelapa sawit di Kampung Payoh, Kemasik, antara pukul 12 tengah malam hingga 5 pagi pada 18 November 2019.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa meliwat mangsa pada tarikh, masa dan lokasi sama.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurhanisah S H Sahul Hamid mengikut Seksyen 376(1) dan Seksyen 377 (C) Kanun Keseksaan manakala tertuduh diwakili peguam Akmal Wahidah Abd. Halim.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya