Penganggur miliki tiga kad pengenalan orang lain ditahan - Utusan Malaysia

Penganggur miliki tiga kad pengenalan orang lain ditahan

SEORANG penganggur (tengah) direman dua hari kerana memiliki tiga kad pengenalan milik orang lain dan tidak mempunyai kad pengenalan sendiri ketika keluar dari pekarangan Kompleks Mahkamah Kangar, Perlis hari ini. - UTUSAN/NAZLINA NADZARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Seorang penganggur direman dua hari sehingga esok di Mahkamah Kangar di sini hari ini kerana memiliki tiga kad pengenalan milik orang lain serta tidak mempunyai kad pengenalan sendiri.

Lelaki berusia 26 tersebut tiba di Kompleks Mahkamah Kangar pada pukul 8.37 pagi sambil diiringi pegawai polis dan proses reman itu selesai kira-kira sejam kemudian.

Perintah reman tersebut dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Kangar, Suazira Mohd Surat di bilik reman Kompleks Mahkamah Kangar.

Tertuduh diwakili Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Zulfadzrin Noor Din.

Menurut sumber, lelaki yang tinggal sendirian di sebuah setor di sebelah rumah keluarganya di Kampung Sena Hujung ditahan di rumah tersebut pada pukul 9.30 pagi semalam kerana dipercayai merosakkan harta benda awam di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kangar.

Sehari sebelum itu, lelaki tersebut telah dibawa ke Balai Polis Kangar untuk tujuan dokumentasi kerana didapati berkeliaran dalam keadaan mencurigakan di kawasan UTC tersebut, namun telah dilepaskan.

Lelaki tersebut juga dipercayai ditangkap kerana dikaitkan dengan kes lain.

Ketua Polis Daerah Kangar, Superintenden Wari Kiew mengesahkan tangkapan tersebut.

Katanya, suspek gagal untuk mempamerkan pengenalan diri dan hanya memberi butiran secara lisan sahaja.

Jelasnya, pemeriksaan badan telah menemukan tiga kad pengenalan orang lain yang dilaporkan tercicir sebelum ini dan ada daripadanya melibatkan laporan sejak 2017.

“Polis kemudian bertindak menangkap suspek dan merampas ketiga-tiga kad pengenalan tersebut serta sehelai jaket  atas kesalahan di bawah Peraturan 25 (1)(n) dan Peraturan 25 (1)(o) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990,” katanya di sini hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya