Niat membantu bapa untuk menguruskan kebun di sekitar Kundasang, Sabah, mendorong wanita berusia 32 tahun ini untuk lebih mendalami ilmu jualan dan tanaman sayur-sayuran.
Akui pengusaha Yammag Enterprise, Rahmah Jaya, pengalaman mengambil pengurusan kebun sayur-sayuran sejak 2007 banyak mendorong dirinya untuk lebih peka.
Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) itu berkata, sebagai pemborong sayur-sayuran, dia hanya menumpukan tanaman dan jualan tomato serta kobis.
Katanya, pengalaman memulakan perniagaan itu sendirian ternyata sukar baginya namun berkat kesungguhan dia mula selesa.
“Sejak menyertai AIM, institusi itu juga banyak membantu saya dari aspek persediaan diri dalam pengurusan kewangan dan perniagaan.
“Dianggarkan masing-masing hampir dua tan tomato dan kobis dapat dijual setiap minggu,” katanya.
Untuk yang ingin membuat tempahan atau membeli secara borong sayur kobis atau tomato, boleh hubungi 012-3244023 atau kunjungi Facebook, Yammag Enterprise. – UTUSAN