Penduduk di Kampung Minda pula berpindah - Utusan Malaysia

Penduduk di Kampung Minda pula berpindah

KANAK-KANAK menunggang basikal meredah banjir di Kampung Pasir Raja di Dungun. - UTUSAN/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Bilangan pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri ini bertambah kepada tiga dengan pembukaan satu lagi pusat itu di Dungun.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri berkata, PPS Dewan Orang Ramai Kampung Minda yang dibuka tengah malam tadi menempatkan seramai 13 mangsa daripada tiga keluarga.

Katanya, pertambahan itu menjadikan bilangan mangsa banjir di Terengganu setakat pukul 10 pagi ini seramai 261 orang dengan kesemuanya melibatkan daerah Dungun.

“Bagaimanapun, jumlah mangsa di dua PPS lain iaitu Dewan Orang Ramai Kampung Pasir Raja dan Dewan Serbaguna Kampung Shukur kekal seperti semalam iaitu masing-masing 171 orang dan 71 orang.

“Cuaca semasa kini hujan di beberapa kawasan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya