Pendaki wanita diusung turun dari Gunung Kinabalu - Utusan Malaysia

Pendaki wanita diusung turun dari Gunung Kinabalu

Anggota Mosar membawa turun pendaki yang mengalami demam dan sesak nafas di Gunung Kinabalu hari ini.-IHSAN Bomba
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANAU: Belum pun sempat meraikan kejayaan mendaki puncak Gunung Kinabalu, seorang pendaki wanita terpaksa diusung turun ke Timpohon Gate kerana mengalami sesak nafas dan demam.

Dalam kejadian pada pukul 9.30 pagi tadi, mangsa, Roslyn Bulongik, 32, mengalami sesak nafas dan demam selepas turun daripada puncak Gunung Kinabalu.

Mangsa terpaksa diusung turun oleh Pasukan Mencari dan Menyelamat Gunung Kinabalu (Mosar).

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau, Ridwan Mohd. Taib berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada pukul 9.30 pagi tadi dan sepasukan anggota bomba dibantu oleh empat anggota pasukan Mosar bergegas ke lokasi kejadian.

Semasa tiba di lokasi, terdapat seorang pendaki mengalami sesak nafas dan demam di Restoran Laban Rata, Gunung Kinabalu.

Mangsa diberi rawatan awal dan dibawa turun ke Timpohon Gate menggunakan alat pengusung oleh pasukan Mosar.

Kemudian mangsa dihantar ke Hospital Ranau menggunakan Jentera Perkhidmatan Perubatan Kesihatan (EMRS) bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Operasi tamat sepenuhnya pada pukul 2.30 petang. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya