Penangan angin monsun luruan, sudah ada banjir berulang di Ulu Tembeling - Utusan Malaysia

Penangan angin monsun luruan, sudah ada banjir berulang di Ulu Tembeling

ARUS Sungai Tembeling yang deras dan air sudah melimpah masuk ke kawasan rumah penduduk dan kedai di Kampung Bantal, Ulu Tembeling, Jerantut, Pahang bermula pukul 6.45 petang  ini. - IHSAN PENDUDUK KAMPUNG BANTAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERANTUT: Air Sungai Tembeling di sini mula melimpah masuk ke kawasan kampung bermula pukul 6.45 petang ini sekali gus amaran awal berlaku semula banjir di daerah ini bermula di Kampung Bantal, Ulu Tembeling dekat sini.

Hal ini berikutan siren amaran pertama berbunyi pada pukul 5.30 petang ini dengan memberi peringatan kepada penduduk supaya berwaspada kerana banjir boleh berlaku setelah air kedua-dua  batang sungai utama naik mendadak.

Seorang penduduk Kampung Bantal, Jamizan Rasid berkata, hujan lebat sejak dua hari lalu menyebabkan paras air di hulu Sungai Tembeling dan Sungai Sepia naik begitu cepat dan arus mula deras yang membawa batang kayu, reba ranting,  daun serta sampah.

“Air sungai utama ini sudah melimpah paras tebing dan memasuki kawasan kedai kopi, kedai runcit, jeti bot penambang dan rumah di pesisir sungai sejak pukul 6.45 petang tadi.

“Saya yakin sekiranya hujan berterusan air akan melimpah masuk lagi ke kawasan rumah dan pusat inap di sini. Ini bermakna musibah banjir berulang seperti kejadian yang bermula pada 17 Disember lalu,” katanya di Kampung Bantal, Hulu Tembeling dekat sini.

Seorang lagi penduduk, Zaimi Abdullah berkata, air baru surut empat hari lalu, tiba-tiba air sungai melimpah semula berikutan hujan lebat sejak kelmarin.

“Namun, penduduk di sini sudah kerap mengalami suasana ini dan sudah bersedia sekiranya kemungkinan berlaku banjir semula atau keadaan yang sama sebelum ini,” katanya. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya