Peminat doa Uqasha terus bertudung - Utusan Malaysia

Peminat doa Uqasha terus bertudung

KAMAL Adli bersama Uqasha Senrose berkongsi momen di laman Instagram semasa menunaikan umrah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Cantiknya Uqasha. Semoga satu hari nanti kembali bertudung.”

Itu reaksi seorang pengguna Instagram (IG), heyitsmewanie terhadap perkongsian pasangan suami isteri, Kamal Adli dan Uqasha Senrose yang kini berada di tanah suci untuk menunaikan ibadah umrah.

Kamal menerusi IGnya sempat berkongsi momen penting ketika dia dan isteri berpeluang melawat beberapa tempat-tempat menarik di sana.

Namun lebih mencuri perhatian adalah penampilan Uqasha yang manis menutup sempurna auratnya.

Pemilik akaun IG, yang_dilla berpandangan, Uqasha lebih cantik dan manis mengenakan tudung.

“Harap-harap selepas ini isteri awak kembali bertudung, lagi cantik dan manis,” tulisnya.

Selain itu, pemilik akaun IG, zurina.ahmad tidak melepaskan peluang mendoakan agar Uqasha terus bertudung selepas ini.

“Alangkah indahnya Uqasha pakai macam ini terus,” komennya.

Uqasha dan Kamal sah bergelar suami isteri pada 5 November lepas. Namun pasangan ini yang sebelumnya merahsiakan perkahwinan mereka, membuka mulut berhubung berkenaan perkara itu pada awal Disember lalu.

Pada 2016, Uqasha mengundang kecaman ramai apabila mengumumkan tidak lagi mengenakan hijab selepas tiga tahun bertudung. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya