Pembelanjaan vaksin: Muhyiddin tak pernah keluar kenyataan -KJ - Utusan Malaysia

Pembelanjaan vaksin: Muhyiddin tak pernah keluar kenyataan -KJ

MUHYIDDIN YASSIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak pernah mengeluarkan kenyataan negara  membelanjakan lebih RM2 bilion daripada peruntukan keseluruhan RM3 bilion untuk membeli bekalan vaksin bagi 30 peratus penduduk Malaysia. 

Perkara tersebut disahkan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin selepas pejabat beliau memperoleh transkrip penuh ucapan Muhyiddin. 

“Setelah pejabat saya memperoleh transkrip penuh ucapan Muhyiddin, ternyata beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan sebegitu dan ia adalah laporan yang tidak tepat, sekurang-kurangnya oleh dua agensi berita. Bagaimanapun, kesilapan laporan itu tidak diperbetul dan boleh diakses sehingga ke hari ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. 

Beliau berkata demikian merujuk kepada laporan-laporan berita pada 1 Disember berhubung kenyataannya kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) pada Januari lalu mengenai perolehan vaksin Covid-19.

KHAIRY JAMALUDDIN

 Khairy  berkata, beliau memberitahu bekas Perdana Menteri telah tersilap cakap apabila mengatakan bahawa kerajaan membelanjakan lebih RM2 bilion daripada RM3 bilion, bagi perolehan vaksin Covid-19 untuk 30 peratus penduduk negara ini.

“Dalam sesi penerangan itu, Pengerusi PAC, Wong Kah Woh telah membangkitkan tentang laporan media yang memetik kenyataan Muhyiddin selaku Perdana Menteri ketika itu, bahawa negara membelanjakan lebih RM2 bilion daripada peruntukan keseluruhan RM3 bilion untuk membeli bekalan vaksin buat 30 peratus penduduk negara. 

“Ia dilaporkan oleh portal Berita Harian, Malaysia dan The Straits Times, Singapura pada 13 Disember 2020,” katanya. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya