Pemandu treler cedera terpelanting tayar lori meletup - Utusan Malaysia

Pemandu treler cedera terpelanting tayar lori meletup

ANGGOTA bomba memeriksa keadaan sebuah treler selepas pemandunya cedera terkena letupan tayar dalam kejadian di Kilometer 274.1 Lebuh Raya Utara Selatan (Arah Selatan) Seremban, hari ini.  
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seorang pemandu lori treler yang membawa muatan kaca cedera selepas terkena letupan tayar lori tersebut dalam kejadian Kilometer 274.1 Lebuh Raya Utara Selatan Arah Selatan dekat sini petang tadi.

Pegawai Bomba Kanan II, Khairullizal Abu Kasim berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.36 petang dan tiba di lokasi kejadian sembilan minit kemudian. 

“Setiba di tempat kejadian, kami mendapati seorang lelaki berusia 56 tahun yang merupakan pemandu lori treler jenis volvo mengalami kecederaan akibat letupan  tayar lori. 

“Kami difahamkan, mangsa cuba melihat tayar lori yang tiba-tiba berasap dan berlaku letupan sehingga menyebabkan dia terpelanting dan cedera. Mangsa dipercayai cuba menjirus air ke arah tayar yang panas dan mengakibatkan letupan,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, pasukan bomba membuat perawatan awal dan membawa mangsa ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di sini.

Mangsa mengalami kecederaan di tangan kiri dan luka akibat letupan itu. Dia sedang dirawat di zon kuning HTJ,” katanya. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya