Pemandu lori tawar hantar barang kepada mangsa banjir  - Utusan Malaysia

Pemandu lori tawar hantar barang kepada mangsa banjir 

BEBERAPA pemandu lori terlibat dalam misi penghantaran barangan keperluan kepada mangsa banjir ke Jelebu di Kompleks Belia dan Sukan Paroi (Kombes). - UTUSAN/ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Beberapa ahli Persatuan Pemandu Lori Semenanjung membantu menghantar barangan keperluan kepada mangsa banjir di Daerah Jelebu hari ini.

Wakilnya, Muhamad Irfan Khaidir, 32, berkata, pihaknya terpanggil membantu mangsa banjir yang terkesan dan membuat misi penghantaran menggunakan lori bagi membawa barangan keperluan kepada mangsa di daerah itu.

“Kami merupakan pemandu lori yang ditugaskan menghantar barangan ke pelbagai negeri namun, kini, terdapat beberapa kawasan yang lumpuh dan dinaiki air. Jadi, kami mengambil keputusan untuk membantu mereka yang terkesan.

“Sebanyak 20 buah lori lima tan dan tiga tan terlibat dalam misi membantu mangsa banjir ke Jelebu. Kami juga turut menggalakkan mana-mana pihak yang mahu membantu dari segi makanan dan minuman serta barangan perubatan untuk dihantar ke lokasi terjejas,” katanya ketika ditemui pemberita di Kompleks Belia dan Sukan Paroi (Kombes) hari ini.

Menurutnya, sebelum ini persatuan itu pernah terlibat dalam misi penghantaran barangan keperluan kepada mangsa banjir.

“Setakat ini kami telah membantu misi banjir di Kedah dan terlibat penghantaran bantuan kepada negeri umh terjejas,” katanya.

Dalam pada itu, wakil Persatuan Belia Dinamik Barat, Hafiz Haziq Gharif, 20, berkata, pihaknya akan memastikan barangan yang dihantar oleh orang ramai diasingkan terlebih dahulu sebelum diberikan kepada mangsa banjir.

“Kami akan memastikan semua barangan keperluan yang dihantar diasingkan dan hanya pakaian yang berada dalam keadaan baik sahaja akan diberikan kepada mangsa banjir. Sehingga kini, seramai 30 orang sukarelawan dibenarkan terlibat dalam misi bantuan ini bagi mengekang penularan wabak Covid-19,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya