Pemandu lori didakwa pecah amanah, jual besi konkrit 81 tan

Pemandu lori didakwa pecah amanah, jual besi konkrit 81 tan

MOHAMAD Ridzuan Abdul Khadir (tengah) mengaku tidak bersalah atas tuduhan pecah amanah di Mahkamah Majistret Kuantan di Kuantan, Pahang. - FOTO/DIANA SURYA ABD. WAHAB 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Seorang pemandu lori didakwa di Mahkamah Majistret Kuantan atas tuduhan pecah amanah dengan menjual besi konkrit sebanyak 81 tan milik sebuah syarikat perkhidmatan pengangkutan yang bernilai RM324,000 awal November lalu. 

Bagaimanapun, tertuduh Mohamad Ridzuan Abdul Khadir, 33, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Ainis Abu Hassan Saari. 

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu ketika dilantik sebagai sub-kontraktor kepada Syarikat Kanna Transport Servis dan tidak menghantar muatan besi konkrit seperti diamanahkan ke Pelabuhan Kuantan. 

Tertuduh didakwa dengan curang menjual besi konkrit itu kepada pihak lain di tepi Jalan Sungai Ular di sini, antara 9 hingga 10 November lalu, pada pukul 8 malam. 

Atas perbuatan tersebut, Mohamad Ridzuan didakwa mengikut Seksyen 407 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan boleh disebat dan didenda.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Aini Adilah Muhammad Faizal menawarkan ikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh. 

Namun, tertuduh yang diwakili peguam, Tharan Sigh memohon agar wang jaminan dikurangkan kerana mempunyai tanggungan termasuk isteri dan dua anak yang masih bersekolah. 

Kemudiannya, mahkamah membenarkan tertuduh dijamin RM6,000 dan menetapkan 16 Disember depan sebagai sebutan semula kes. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya