Peluang Barca ubat duka, buru kejuaraan Liga Europa

Peluang Barca ubat duka

BARCELONA harus menjuarai Liga Europa jika ingin kembali ke persada Liga Juara-Juara musim depan. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Barcelona berpeluang menebus duka dengan memburu kejuaraan Liga Europa sekali gus meraih tiket ke Liga Juara-Juara (UCL) musim depan sekiranya bergelar juara.

Kali terakhir kelab yang berpangkalan di Camp Nou itu gagal ke peringkat kalah mati pertan­dingan kelab utama Eropah ber­kenaan ialah pada 2003-04.

Menghuni tangga kelapan La Liga, kemungkinan besar peluang untuk mereka menempatkan diri dalam kelompok empat terbaik musim ini amat sukar.

Bermakna menjulang trofi Li­ga Europa menjadi pilihan untuk Barca meraih tiket secara auto­matik ke UCL musim depan.

Barcelona akan berdepan Na­poli pada peringkat kalah mati bermula Jumaat ini dan pusingan timbal balik pada 24 Februari di Stadium Diego Armando Maradona dekat Naples.

“Napoli ialah pasukan hebat dengan pencapaian baik di Eropah. Mereka ada banyak pe­ngalaman, jadi kami tahu ia akan menjadi sangat sukar.

“Jelas undian ini bukanlah sesuatu yang mudah buat kami tetapi itulah dia kejohanan ini,” kata pengarah bola sepak Barcelona, Mateu Alemany.

Napoli dan Barca pernah bertemu pada kelompok 16 terakhir Liga Juara-Juara 2019/20 dengan menyaksikan kelab gergasi Sepanyol itu mara 4-2 secara agregat.

“Saya boleh katakan perlawanan Barca dan Napoli merupakan dua pertembungan hebat dan ia seperti berada di tahap Liga Juara-Juara!” Kata Presiden Napoli, Aurelio De Laurentiis.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya