Peluang 'adik' tebus maruah 'abang' - Utusan Malaysia

Peluang ‘adik’ tebus maruah ‘abang’

SEMUA pemain mempunyai peluang untuk berada dalam senarai akhir skuad ke Piala AFF B-23 di Kemboja, Februari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Kegagalan ‘abang’ di kempen Piala AFF 2020 dihampakan Indonesia untuk mara ke separuh akhir mungkin dapat ditebus ‘adik’ apabila skuad bawah 23 tahun (B-23) negara diundi bersama skuad Garuda dalam saingan Kumpulan B Kejuaraan B-23 AFF 2020 di Kemboja, Februari depan.

Menerusi majlis undian yang berlangsung secara dalam talian itu, Indonesia yang juga juara bertahan diletakkan dalam kumpulan sama bersama Malaysia, Myanmar dan Laos dalam Kumpulan B.

Kumpulan A pula menampilkan Kemboja, Timor Leste, Filipina dan Brunei sementara saingan sengit akan disaksikan dalam Kumpulan C menerusi penyertaan naib juara 2019, Thailand, Vietnam dan Singapura.

Hanya tiga juara kumpulan dan satu naib juara kumpulan terbaik akan mengesahkan tiket ke separuh akhir.

Ini adalah tugasan sulung buat Brad Maloney sebelum berdepan tiga lagi kejohanan besar yang akan berlangsung pada tahun depan.

“Satu undian yang saya jangka bakal menjadi satu saingan yang sengit apabila diletakkan satu kumpulan bersama Indonesia, Myanmar dan Laos.

“Kita akan mengumpulkan pasukan untuk sesi latihan dan mengadakan beberapa perlawanan persahabatan pada Januari depan bagi persediaan mengharungi  kejohanan yang bermula Februari ini,” kata Maloney.

Selepas kejohanan peringkat AFF pada Februari itu, mereka akan berentap pada Sukan Sea di Vietnam pada Mei disusuli Piala Asia B-23 di Uzbekistan pada Jun.

Skuad B-23 juga akan mewakili negara pada Sukan Asia di Hangzhou yang akan berlangsung pada September.

Pencapaian terbaik skuad negara adalah mengakhiri saingan di tempat keempat pada penyertaan di Thailand pada 2005.

Sebelum ini, pada saingan Piala AFF 2020 yang berlangsung di Singapura baru-baru ini, Malaysia terpaksa pulang awal selepas tewas kepada Indonesia 1-4  dalam aksi terakhir Kumpulan B dengan mencatat dua menang dan dua kalah.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya