“Pelik kerana sebelum ini saya bukan seorang yang suka kunyah ais” -Ernie Zakri - Utusan Malaysia

“Pelik kerana sebelum ini saya bukan seorang yang suka kunyah ais” -Ernie Zakri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi bersuara emas, Ernie Zakri berkongsi perkembangan baharu kehamilannya yang kini mempunyai tabiat yang pelik iaitu tidak boleh berhenti daripada mengunyah ketulan ais.

Menurut Ernie, dia yang sebelum ini bukanlah seorang yang suka mengunyah ais, kini mempunyai perangai pelik tersebut di akhir kehamilannya.

“Di awal kehamilan, tidak mempunyai habit yang pelik-pelik. Tetapi kini, Ernie suka mengunyah ketulan ais. Ia menjadi satu perkara yang pelik kerana sebelum ini, Ernie bukan seorang yang suka mengunyah ais.

“Cuma apabila sudah diakhir kehamilan ini, mungkin dengan cuaca yang tidak menentu. Kadang kala tubuh badan berasa panas,” katanya ketika ditemu bual.

Mengulas lanjut, penyanyi lagu popular Gundah itu menitipkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana diberikan kemudahan sepanjang dia berbadan dua.

“Bagaimanapun, Alhamdulillah Allah beri rezeki kemudahan untuk Ernie ketika hamil ini. Alhamdulillah, kandungan Ernie kini sudah masuk tujuh bulan.

“Tidak sedar sebenarnya masa berlalu dengan cepat. Tahun depan pun akan menimang cahaya mata,” tuturnya lagi.

Sempat bertanya mengenai karier, Ernia memaklumkan dirinya akan mula cuti berehat bermula awal tahun 2022 bagi mengutamakan kesihatan dan menyediakan persiapan bayi sulungnya.

“InsyaAllah saya masih aktif menyanyi kerana masih ada persembahan di semi final Anugerah Juara Lagu (AJL). Boleh dikatakan saya aktif sehingga akhir tahun ini.

“Namun, sementelah memasuki tahun baharu Ernie memang perlu berhenti seketika untuk bekerja kerana ingin fokus kepada kesihatan dan membeli barangan keperluan bayi kerana masih belum lengkap.

“InsyaAllah saya akan melahirkan cahaya mata pertama ini pada akhir bulan Februari menerusi jangkaan doktor,” kongsinya.

Sebagai informasi, Ernie dan suaminya yang juga penyanyi, Syamel telah mendirikan rumah tangga pada 26 Mac lalu di Masjid Puncak Alam, Selangor.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya