Pelajar praktikum UUM terlibat kemalangan di Caribbean - Utusan Malaysia

Pelajar praktikum UUM terlibat kemalangan di Caribbean

HAIM HILMAN ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINTOK: Pengurusan Universiti Utara Malaysia (UUM) memberi jaminan akan menanggung pembiayaan kos rawatan seorang pelajar praktikum UUM yang terlibat dalam kemalangan ketika menjalani latihan industri di Dive Division Curacao, Caribbean baru-baru ini.

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) yang menjalankan fungsi Naib Canselor, Profesor Dr. Haim Hilman Abdullah berkata, pelajar tersebut, Nur Nabilah Mohd. Azhar, 25, akan dibantu pihak pengurusan UUM bagi memastikan kebajikan dan bantuan yang diperlukan akan dipenuhi.

Menurutnya, Nur Nabilah dari Alor Setar merupakan pelajar Sarjana Muda Pengurusan Pelancongan sedang menjalani latihan industri selama empat bulan bermula 13 September hingga 13 Januari 2022.

“Kemalangan yang berlaku pada 28 Disember lalu telah mengakibatkan kaki kanannya terpaksa dipotong bagi menyelamatkan nyawanya dan rawatan susulan akan dibuat dalam masa terdekat.

“Sehubungan dengan itu, pihak universiti bersetuju untuk membantu dengan mendahulukan pembayaran kos rawatan hospital sebelum tuntutan insurans perlindungan penuh yang diambil pelajar berkenaan dibuat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kata beliau, pihaknya juga akan membantu keluarga pelajar tersebut untuk ke Curacao bagi melihat keadaan pelajar tersebut.

“Kami juga sedang membuat pelarasan dengan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Pejabat Kedutaan Luar Negara Wisma Putra dalam sebarang proses membawa pulang pelajar bergantung kepada tahap kesihatan dan kebenaran pihak hospital di sana,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya