Pelajar boleh kritis kerajaan tetapi mesti berfakta - PM - Utusan Malaysia

Pelajar boleh kritis kerajaan tetapi mesti berfakta – PM

ISMAIL Sabri Yaakob  (tengah) merasmikanKeluarga Malaysia@Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) di UPSI Tanjung Malim, Perak, hari ini. - UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANJUNG MALIM: Pelajar boleh kritis dan kritikal dalam menyuarakan pandangan terhadap kerajaan tetapi perlu berfakta.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata,  pandangan yang diberikan juga tidak secara beremosi dan melulu. 

Kata beliau, pelajar bagaimanapun perlu bertanggungjawab terhadap setiap tindakan dan pandangan yang dikeluarkan serta mesti mempunyai fakta serta bukti. 

“Apabila bertemu dengan pemimpin pelajar, salah satu soalan ditanya bolehkah kami bersikap kritis dan kritikal terhadap kerajaan. 

“Saya kata boleh meluahkan perasaan dan pandangan anak sekalian apa yang dilakukan oleh kerajaan.

“Yang penting perlu bertanggungjawab setiap tindakan dan apa dikeluarkan oleh pelajar mesti mempunyai fakta dan bukti tidak secara emosi,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika berucap pada perasmian Keluarga Malaysia@Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) di Dewan Tuanku Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di sini hari ini. 

Yang hadir sama Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad;  Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad; Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Dr. Mah Hang Soon.

Ismail Sabri berkata, sebab itu kerajaan hari ini mengiktiraf peranan anak muda.

Menurutnya,  ia dibuktikan apabila meluluskan Undi-18 yang memberi peluang kepada golongan itu menentukan dan memilih siapa yang bakal menjadi pemimpin negara. 

Beliau berkata, ramai yang tidak yakin dan skeptikal terhadap keputusan kerajaan itu kerana dianggap mereka masih terlalu mentah untuk menentukan pemimpin negara.

“Tetapi kerajaan yakin dengan kemampuan anak muda dan mahu mereka menentukan siapa yang berhak jadi pemimpin,” katanya.

Perdana Menteri berkata, bermula 1 Januari ini semua anak muda berusia 18 tahun ke atas, secara automatik akan menjadi pengundi. 

“Kalau Pilihan Raya Umum (PRU) diadakan (nanti) kita pastikan mereka boleh mengundi untuk menentukan masa depan negara,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya