PDRM tingkat pematuhan SOP ambang tahun baharu - Utusan Malaysia

PDRM tingkat pematuhan SOP ambang tahun baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemantauan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) akan dipertingkatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sepanjang tempoh ambang tahun baharu 2022.

Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, rondaan berterusan akan dilakukan bagi memastikan SOP Pelan Pemulihan Negara (PPN) mengikut fasa dipatuhi dan mengelakkan orang ramai berkumpul.

Kata beliau, ia bagi mencegah penularan wabak Covid-19.

“Semua Pesuruhjaya Polis Negeri, Ketua Polis Negeri dan Ketua Polis Daerah sudah diarah untuk meningkatkan rondaan pemantauan terhadap lokasi yang menjadi tumpuan orang ramai berkumpul.

“Tindakan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) boleh dikenakan ke atas mana-mana individu yang melanggar SOP PPN,” katanya pada kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, kata Acryl Sani, orang ramai diingatkan supaya sentiasa patuh pada SOP.

“Kerjasama semua pihak dalam aspek ini penting memandangkan Covid-19 masih ancaman kesihatan serius yang perlu dibendung,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya