PBK tekad isytihar MA63 tak sah, tawar RM3,000 untuk pengundi - Utusan Malaysia

PBK tekad isytihar MA63 tak sah, tawar RM3,000 untuk pengundi

VOON LEE SHAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Parti Bumi Kenyalang (PBK) menawarkan pemberian wang tunai RM3,000 kepada pengundi di negeri ini jika mereka menang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak , Sabtu depan.

Dalam manifesto parti dipimpin oleh Presiden, Voon Lee Shan yang diterima Utusan Malaysia itu menyatakan, tawaran tersebut sebagai dana bantuan kesusahan khas untuk pengundinya namun terhad kepada mereka yang benar-benar mengundi pada pilihan raya.

PBK juga masih dengan ‘misi anehnya’ untuk mencari jalan supaya Sarawak keluar dari Malaysia secara aman, menyorot langkah diambil Singapura dan membuka jalan kepada pengisytiharan unilateral kemerdekaan (UDI) oleh ‘Kerajaan PBK’.

“Selain itu, parti ini berusaha supaya mahkamah mengisytiharkan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sebagai tidak sah dan dengan itu, Sarawak patut meninggalkan Persekutuan Malaysia.

“Antara lain, PBK berjanji mengagihkan minimum 30 peratus hasil tahunan daripada pengeluaran minyak mentah kepada semua penduduk negeri ini.

“Parti ini turut menawarkan bahasa Inggeris digunakan sebagai bahasa pengantar utama di sekolah-sekolah di samping mempromosikan bahasa etnik lain seperti Iban, Cina, Melayu dan Melanau di dalam kurikulum sekolah,” katanya merujuk manifesto PBK.

Dalam pada itu, PBK akan menyediakan akses pengangkutan meliputi jalan darat, laut dan udara berkelas tinggi termasuk menubuhkan syarikat penerbangan milik Sarawak.

“PBK berjanji memberi subsidi pembelian kenderaan bermotor pertama, menghapuskan cukai import untuk kenderaan, menyelesaikan masalah rakyat tanpa dokumen warga negara dan menyediakan semua rakyat Sarawak tanpa dokumen warga negara dengan sijil kelahiran, kad pengenalan dan akses terhadap pasport,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya