PATI bertambah,  pembukaan ekonomi faktor penarik - Utusan Malaysia

PATI bertambah,  pembukaan ekonomi faktor penarik

AFFENDI BUANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Jumlah kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI)  dijangka bertambah ekoran pembukaan banyak sektor ekonomi di negara ini.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang berkata, berdasarkan risikan pasukan petugas khas (NTF), cubaan masuk ke negara ini melibatkan beberapa sektor tertentu terutama di Selangor

Justeru, katanya, pasukan itu akan memperketat kawalan dan membuat penambahan anggota serta aset di beberapa lokasi dikenal pasti.

“Apabila ekonomi dibuka itu adalah salah satu faktor penarik bagi PATI dan ia sememangnya telah dijangka. NTF kini sudah merangka dan melihat kawasan entry point yang perlu dijaga

“Ya, pertambahan (PATI) memang ada. Sekarang kita ingin melihat jika ia berterusan , mungkin jumlah anggota akan ditambah juga,” katanya di sini semalam.

Terdahulu Affendi melakukan lawatan ke Kapal Diraja (KD) Lekiu sempena Operasi Benteng Khas siri 1/21 di Sektor Lima pesisir pantai Selangor.

Operasi ini bermula 19 sehingga 23 Disember melibatkan 18 agensi antaranya Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

Tambah Affendi, melalui pelaksanaan Op Benteng ini, Selangor dikenal pasti menjadi  salah satu daripada enam paksi ancaman utama melibatkan jenayah rentas sempadan dan penyeludupan yang aktif di Pantai Barat Semenanjung.

Menurutnya, perairan Selangor strategik terletak di Selat Melaka dengan menjadi laluan perdagangan kepada industri perkapalan. – UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya