Pasukan PGA, PSP Cheras bantu kumpul al-Quran rosak akibat banjir - Utusan Malaysia

Pasukan PGA, PSP Cheras bantu kumpul al-Quran rosak akibat banjir

Pegawai dan anggota Cawangan Integriti dan Pematuhan Standard, Briged Tengah PGA, Cheras, serta PSP PDRM bertungkus-lumus membantu mengumpul naskhah al-Quran yang rosak.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lebih 800 naskhah al-Quran dan buku-buku agama dari Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di Masjid Ar Rahman, Sungai Lui yang rosak akibat banjir di Hulu Langat, baru-baru ini dikumpul bagi proses pelupusan.

Usaha pengumpulan itu dilakukan Cawangan Integriti dan Pematuhan Standard, Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA), Cheras, Selangor dan Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) Polis Diraja Malaysia (PDRM), semalam.

Menerusi perkongsian PDRM di dalam media sosial rasmi mereka, kesemua naskhah tersebut telah dihantar ke Masjid Al-Amin, Briged Tengah PGA bagi tujuan pelupusan.

Pelupusan itu dilakukan mengikut tatacara hukum syarak seiring dengan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan.

Dalam perkembangan berasingan, pasukan PGA turut bersama-sama turun padang meneruskan misi bantuan kemanusiaan dengan melakukan kerja-kerja pembersihan di kawasan yang terjejas banjir di sekitar kawasan Sekolah Rendah Agama Dusun Tua, Hulu Langat pada hari sama.

Sebelum itu, mereka membantu membersihkan kawasan di Taman Damai Batu 18, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Choon Hwa.

“Tidak terkecuali Balai Polis Batu 18, Hulu Langat, Selangor kerana hampir sebahagian bangunan balai berkenaan ditenggelami air.

“Kami sentiasa mendoakan kesemua mangsa banjir dipermudah segala urusan dan sentiasa bertabah dalam apa jua keadaan,” kata hantaran berkenaan.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya