Pasukan keselamatan berkorban ketepikan kepentingan diri - Utusan Malaysia

Pasukan keselamatan berkorban ketepikan kepentingan diri

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob terharu dengan semangat pengorbanan pasukan keselamatan apabila mereka bertugas sepanjang masa di dalam melaksanakan operasi bantuan banjir meskipun terkesan dengan bencana banjir.

Menurut Perdana Menteri, malah mereka sanggup berkorban dan mengetepikan kepentingan diri demi keselamatan negara dan Keluarga Malaysia.

“Saya amat terharu dengan pengorbanan pasukan keselamatan kita sepanjang bertugas melaksanakan operasi bantuan banjir.  

“Ketika mereka bertarung nyawa menyelamatkan mangsa, ada sebahagian anggota keselamatan turut kehilangan rumah dan harta-benda, malah tidak tahu ke mana ahli keluarga mereka dipindahkan akibat bencana.

“Mereka sanggup berkorban dan mengetepikan kepentingan diri demi keselamatan negara dan Keluarga Malaysia. Terima kasih frontliners, terima kasih semua!” katanya dalam hantaran Facebook beliau hari ini. – UTUSAN ONLINE 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya