(PARLIMEN) Kontak rapat: Najib ada menghadiri sidang Parlimen - Rayer - Utusan Malaysia

(PARLIMEN) Kontak rapat: Najib ada menghadiri sidang Parlimen – Rayer

RSN RAYER
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer membangkitkan persoalan berhubung status Datuk Seri Najib Tun Razak (Pekan-BN) yang menjadi kontak rapat pesakit Covid-19 namun masih menghadiri sidang Parlimen, baru-baru ini.

Beliau membangkitkan perkara itu selepas mendapat tahu Najib tidak menghadiri perbicaraannya di Mahkamah Rayuan pagi tadi.

“Saya telah membaca laporan portal-portal dalam negara, Ahli Parlimen Pekan yang sepatutnya hadir ke Mahkamah Rayuan pagi tadi, tidak hadir dan mohon penangguhan kerana dikatakan telah menjadi kontak rapat dengan pesakit Covid-19.

“Namun, kelmarin YB Pekan telah hadir ke Parlimen. Jadi, adakah beliau sudah menjalani saringan?” soalnya di Dewan Rakyat hari ini.

Selain itu, Rayer turut menggesa timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon untuk tidak membiarkan sistem demokrasi negara dipermainkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

NAJIB TUN ABDUL RAZAK

“Seterusnya, saya ingin katakan kita sebagai negara demokrasi perlu menghormati tiga cabang iaitu Eksekutif, Legislatif dan bidang Kehakiman.

“Saya tidak mahu pihak tertentu mengambil kesempatan untuk hadir di Parlimen tetapi tidak di mahkamah. Saya minta untuk perkara ini diambil perhatian,” katanya.

Mohd. Rashid kemudian berkata, pihaknya mengambil maklum dan akan menjalankan ujian air liur atau saliva test sebagai langkah pencegahan wabak Covid-19 itu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya