[PARLIMEN] Kementerian Pendidikan ambil tindakan tegas sekolah sembunyi kes buli - Utusan Malaysia

[PARLIMEN] Kementerian Pendidikan ambil tindakan tegas sekolah sembunyi kes buli

DR. MOHD. RADZI MD. JIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Tindakan tegas akan diambil oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ke atas mana-mana sekolah atau pengurusannya menyembunyikan kes buli di sekolah terbabit.

Menegaskan perkara tersebut, Senator Datuk Dr. Radzi Md. Jidin berkata, ia sebagai langkah pencegahan serta memandang serius terhadap kes buli yang melibatkan para pelajar.

“Kita sedar, kes buli ini sudah lama berlaku, sebab itu kita sedang melihat secara menyeluruh, bagaimanakah pendekatan yang boleh kita laksanakan iaitu memperkukuhkan pemantauan oleh warden di asrama,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Terdahulu, Che Alias Hamid (Pas-Kemaman) meminta kerajaan menyatakan usaha bagi menangani masalah buli di sekolah khususnya murid yang tinggal di asrama seperti dibangkitkan sejak kebelakangan ini.

Mengulas lanjut, Radzi turut berkata, pihak sekolah boleh melaporkan apa sahaja kes buli dalam sistem tersebut bagi membolehkan kementeriannya tahu maklumat kes yang berlaku dan tindakan patut diambil.

Dalam masa yang sama, Radzi turut berkata, kementeriannya sedang membuat satu kerangka bagi membanteras buli di sekolah termasuk dalam kalangan murid asrama.

Dalam konteks kesedaran pula, kementerian berkenaan turut akan memperkenalkan konsep Sekolahku Sejahtera bagi memupuk nilai penting kehidupan dalam kalangan warga sekolah termasuk murid.

“Nilai ini diterap dan dididik oleh guru secara langsung atau tidak langsung dalam aktiviti kurikulum dan kokurikulum.

“Ini bagi memastikan murid benar-benar dapat menghayatinya, seterusnya menjadi sebahagian daripada amalan dalam kehidupan mereka sama ada di sekolah atau di luar sekolah,” katanya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya