(PARLIMEN) Harga barang: Menteri minta Anwar bersabar - Utusan Malaysia

(PARLIMEN) Harga barang: Menteri minta Anwar bersabar

MUSTAPA MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed meminta Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersabar sementara kerajaan menguruskan masalah kenaikan harga barangan keperluan asas.

Menjawab soalan tambahan Anwar  (Port Dickson-PH) di Dewan Rakyat hari ini, Mustapa berkata, kerajaan mengambil maklum dengan isu kenaikan harga barangan yang kini membebankan rakyat.

Katanya, kerajaan memberi keutamaan yang tinggi untuk menyelesaikan krisis itu secepat mungkin.

“Ini bukan kali pertama Kabinet membincangkan perkara ini. Jadi sabarlah, apabila mesyuarat diadakan, kerajaan akan umumkan langkah-langkah sewajarnya untuk menangani satu isu yang kerajaan sedar.

“Isu besar dan penting untuk ditangani dengan berkesan,” katanya.

Menurut beliau,  kerajaan telah mula mengambil tindakan untuk mengurangkan harga barangan keperluan asas.

“Saya jawab ringkas sahaja, menteri berkenaan telah mengambil tindakan contohnya jualan Keluarga Malaysia yang telah ditempatkan di 15 lokasi.

“Tindakan membenarkan mengimport 5.5 juta ekor ayam yang juga merupakan tindakan serta-merta. Banyak tindakan telah diambil dan Jawatankuasa Kabinet akan bersidang atau Majlis Tindakan Harga ini ahli-ahlinya adalah menteri dan pegawai,” katanya.

Terdahulu, dalam sesi Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT), Anwar minta supaya perdana menteri menyatakan tindakan segera dan langkah-langkah efektif yang diambil Majlis Tindakan Kos Sara Hidup untuk menangani krisis kenaikan harga barangan keperluan asas yang menimpa rakyat pada masa ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya