[PARLIMEN] Elak harga tinggi: Petani perlu guna baja organik, bukan baja kimia - Utusan Malaysia

[PARLIMEN] Elak harga tinggi: Petani perlu guna baja organik, bukan baja kimia

RONALD KIANDEE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memberi pendekatan berhubung penanaman menggunakan baja organik berbanding baja kimia yang sememangnya menjadi pilihan peladang dan petani.

Menjelaskan perkara itu, Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Ronald Kiandee berkata, usaha tersebut adalah bagi mengelakkan kadar peningkatan harga baja kimia yang tinggi sehingga mencecah 57 peratus.

Jelasnya, peningkatan itu adalah di bawah kuasa pasaran dunia dan bukan bidang kuasa kementerian untuk mengawalnya.

“Harga racun serangga, dulu RM66 sekarang RM197.50, kenaikan 199 peratus, racun siput 20 peratus, memang benar, kenaikan yang ‘real’ berlaku, ia disebabkan harga pasaran dunia yang luar di bawah kementerian, ini memberi kesan kepada kos pengeluaran yang ditanggung oleh petani di negara ini.

“Namun, kita harus melihat kepentingan pembeli, yang membeli sayur, produk pertanian, dan kepentingan petani yang berskala kecil juga perlu diambil kira. Jadi alternatif yang kita lakukan adalah kita galakkan pengurangan kebergantungan kepada baja kimia dan menggalakkan petani menggunakan baja organik,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Terdahulu, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (BN-Baling) meminta kerajaan menjelaskan apakah usaha dalam membantu pesawah dan petani yang terjejas berikutan kenaikan harga baja dan racun yang terlalu mendadak.

Jelas Ronald, seramai 276,621 petani yang terkesan dengan kenaikan harga baja dan racun merangkumi tanaman buah, sayur, tanaman ladang, kelapa, bunga-bungaan, herba dan rempah ratus dengan keluasan bertanam seluas 405,509 hektar.

Seramai 356,000 orang pesawah padi sawah dengan keluasan bertanam seluas 608,000 hektar juga turut terkesan.

Dalam hal ini, beberapa intervensi telah diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi membantu pesawah dan petani yang terjejas.

“Antaranya, dana sebanyak RM200 juta sebagai pinjaman agromakanan pada kadar faedah sifar peratus dengan moratorium bayaran balik pinjaman selama enam bulan disediakan bawah TEKUN dan Agrobank.

“Peruntukan tambahan sebanyak RM62 juta melalui Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) bagi subsidi dan insentif padi di bawah Bajet 2022 di mana bantuan subsidi racun makhluk perosak
untuk pesawah dinaikkan dari RM200 sehektar semusim kepada RM300,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya