(PARLIMEN) Belum ada bukti kebaikan ketum, ganja  - Utusan Malaysia

(PARLIMEN) Belum ada bukti kebaikan ketum, ganja 

PICKids
NOOR AZMI GHAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan belum mendapat bukti saintifik yang mengesahkan kebaikan penggunaan ketum dan kanabis.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali berkata, kajian-kajian yang sedia ada belum mencukupi untuk merombak semula undang-undang dan akta yang ada ketika ini.

“Kajian-kajian yang tidak mencukupi malah memerlukan kajian lanjut. Kita bukan hendak menyekat dan sekiranya benda baik memang kita nak buat. Dua bahan ini memang terikat dengan akta seperti Akta Racun dan sebagainya. Pada ketika ini, kita ikut akta dan undang-undang,” jelasnya di Dewan Rakyat hari ini.

Namun, Noor Azmi tidak menolak sebarang kemungkinan penemuan bukti baharu yang menjelaskan kebaikan kedua-dua bahan itu sekali gus mengubah akta dan undang-undang pada masa akan datang.

“Saya percaya kerajaan akan meneruskan kajian dan melihat pada dapatan kajian itu. Sekiranya ia mendatangkan lebih banyak kebaikan, jadi kita boleh buat undang-undang supaya kita dapat gunakan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya