PAPSMA jamin kemasukan pekerja asing Bangladesh ikut prosedur ditetapkan - Utusan Malaysia

PAPSMA jamin kemasukan pekerja asing Bangladesh ikut prosedur ditetapkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pertubuhan Kebangsaan Agensi Perkhidmatan Swasta Malaysia (PAPSMA)  memberi jaminan kepada kedua-dua kerajaan Malaysia dan Bangladesh untuk mematuhi prosedur dan garis panduan yang ditetapkan bagi pengambilan pekerja asing Bangladesh ke negara ini.

Setiausaha Agungnya, Dr. Sukumaran Nair berkata, PAPSMA amat menghargai pengiktirafan dan mandat yang diberikan kepada pihaknya dalam proses pengambilan pekerja negara sumber itu untuk keperluan pelbagai sektor yang diluluskan di negara ini.

SUKUMARAN NAIR

Katanya, ia selepas kedua-dua kerajaan menandatangani memorandum persefahaman (MoU) berhubung pengambilan pekerja Bangladesh untuk berkhidmat di negara ini, berkuat kuasa selama lima tahun sehingga Disember 2026 yang disifatkan tepat pada masanya. 

“Kami akan memastikan pematuhan tegas segala prosedur dan garis panduan sekali gus membantu semua majikan di Malaysia dalam mempercepat dan melancarkan aliran pekerja Bangladesh ke Malaysia. 

“Terima kasih kerana mendengar permasalahan kami dengan membenarkan proses pengambilan pekerja asing ini dan bertindak sebagai perantara antara kerajaan, majikan, pekerja asing serta agensi berlesen dari negara sumber yang diluluskan melalui MoU tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Malaysia dan Bangladesh memeterai MoU berhubung pengambilan pekerja Bangladesh untuk berkhidmat di negara ini untuk tempoh lima tahun susulan kelulusan Mesyuarat Jemaah Menteri agar ia dimuktamadkan segera kerana memorandum MoU terdahulu tamat tempoh pada 17 Februari lalu. 

MoU itu ditandatangani Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M.Saravanan dan Menteri Kebajikan Ekspatriat dan Pekerjaan Luar Negara Bangladesh, Imran Ahmed di ibu negara.

MoU tersebut menggariskan tanggungjawab kedua-dua negara termasuklah berkaitan majikan Malaysia dan pekerja Bangladesh serta tanggungjawab agensi-agensi pekerjaan swasta di kedua-dua negara.

MoU itu akan dikawal selia oleh satu Kumpulan Kerja Bersama (JWG) yang dianggotai oleh kedua-dua negara. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya