Pantai Tanjung Dawai dicemari sampah sarap - Utusan Malaysia

Pantai Tanjung Dawai dicemari sampah sarap

SEBAHAGIAN bekas makanan dan minuman yang dibuang oleh pengunjung di pesisir pantai Tanjung Dawai, Merbok, Sungai Petani. – UTUSAN/NUR SYAZWANA MANSOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Pantai Tanjung Dawai, Merbok di sini yang sepatutnya indah setiap masa kini dicemari longgokan sampah sarap yang ditinggalkan pengunjung selepas berekreasi di kawasan berkenaan.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, walaupun kemudahan tong sampah disediakan pihak berkuasa tempatan (PBT) tetapi sisa plastik dan bekas makanan masih dibuang di merata-rata tempat.

Keadaan itu bukan sahaja mencacatkan pemandangan Pantai Tanjung Dawai malah me­nimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan pengunjung lain.

Seorang penduduk, Ahmad Nasir Rahim, 46, berkata, dia kecewa dengan sikap tidak bertanggungjawab pengunjung yang memandang remeh isu kebersihan.

Menurutnya, kawasan Tanjung Dawai adalah destinasi tumpuan pelancong untuk membeli-belah hasil laut, selain untuk menikmati keindahan pantainya.

“Bagaimanapun, ada pengunjung yang tanpa rasa bersalah membuang sampah merata-rata mengundang imej buruk kepada tempat ini,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Seorang pengunjung, Nor Da­yana Saad, 25, berkata, dia kecewa apabila melihat banyak sampah di sekitar pantai di sini.

“Sampah yang dibuang ini bukan sahaja mencemarkan pemandangan, tetapi turut me­ngundang bau busuk dan saya bimbang jika berlarutan kawasan pantai ini boleh menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes,” jelasnya.

Seorang lagi pengunjung, Alias Ismail, 45, pula berkata, dia mendapati segelintir pengunjung tanpa malu meninggalkan sampah walaupun tong sampah disediakan.

“Sikap tidak bertanggungjawab pengunjung tersebut menyumbang kepada masalah pencemaran di kawasan pantai tersebut,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya