Panglima Tentera Darat selesai undi awal - Utusan Malaysia

Panglima Tentera Darat selesai undi awal

ZAMROSE Mohd Zain selesai mengundi bersama isteri, Puan Sri Zainuriah Mustapha di Dewan Serbaguna Kem Muara Tuang, Kota Samarahan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain antara yang terawal mengundi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak kali ini.

Beliau selesai mengundi pada pukul 9.29 pagi tadi bersama isteri, Puan Sri Zainuriah Mustapha di Dewan Serbaguna Kem Muara Tuang, Kota Samarahan.

Kem Muara Tuang dijangka mencatatkan seramai 2,331 pengundi awal di lima saluran yang disediakan, manakala Dewan Bukavu, Kem Penrissen mempunyai seramai 2,517 pengundi.

Kedua-dua kem ini terletak di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Stakan.

DUN Stakan menyaksikan saingan empat penjuru antara calon Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Hamzah Brahim, calon DAP, Leslie Ting Xiang Zhi, calon Parti Bumi Kenyalang, Atet Dego dan calon Parti Sarawak Bersatu (PSB), George Young Si Ricord Junior.

Keseluruhannya, seramai 12,585 anggota tentera dan pasangan akan mengundi awal di 16 pusat mengundi di seluruh Sarawak melibatkan 11 DUN. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya