Pandu kereta melulu dalam taman perumahan, wanita ditahan polis - Utusan Malaysia

Pandu kereta melulu dalam taman perumahan, wanita ditahan polis

TANGKAP layar rakaman video tular seorang wanita ditahan polis kerana memandu secara melulu di dalam kawasan taman perumahan di Taman Indah, Tampin, Negeri Sembilan,  semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAMPIN: Seorang wanita ditahan polis di Taman Indah, dekat sini semalam selepas didapati memandu kereta dalam keadaan melulu dan mengundang bahaya kepada penduduk di taman perumahan tersebut.

Rakaman video kejadian tersebut turut tular menerusi aplikasi WhatsApp.

Timbalan Ketua Polis Daerah Tampin, Deputi Superintenden Amiruddien Sariman berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 11 pagi dan penduduk segera menghubungi Bilik Gerakan Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Tampin untuk meminta bantuan menghentikan kenderaan tersebut.

Katanya, sebaik sahaja menerima panggilan tersebut, pasukan polis ke lokasi kejadian mengesan kenderaan jenis Perodua Myvi yang dilaporkan dipandu dan berlegar-legar di kawasan taman perumahan berkenaan.

“Usaha meminta pemandu itu berhenti mengambil masa selama lima minit. Wanita berkenaan memberikan kerjasama untuk memberhentikan kenderaannya selepas diarahkan polis dan dibawa ke Balai Polis Tampin untuk siasatan lanjut.

“Hasil siasatan mendapati wanita berusia 28 tahun itu mempunyai masalah keluarga dan pada masa kejadian dia berkemungkinan mengalami tekanan sehingga tidak menghiraukan cara pemanduannya yang mengundang bahaya kepada penduduk setempat,” katanya hari ini.

Amiruddien berkata, wanita berkenaan tidak berada di bawah pengaruh alkohol dan ujian urin yang dilaksanakan ke atasnya negatif. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya