Pahang tunggu laporan siasatan JPNP berkaitan Sungai Telemong - Utusan Malaysia

Pahang tunggu laporan siasatan JPNP berkaitan Sungai Telemong

WAN ROSDY WAN ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Penemuan longgokan kayu di sepanjang Sungai Telemong, Bentong, dekat sini susulan bencana banjir lumpur luar biasa pada 19 Disember lalu memerlukan siasatan telus dan profesional oleh pihak berkuasa.

Terdapat dakwaan pihak tertentu mengaitkan longgakan kayu termasuk bersaiz kayu balak berpunca kegiatan penerokaan hutan secara haram di kawasan itu hingga mengorbankan lima mangsa dan seorang lagi masih hilang. 

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kerajaan negeri sedang menunggu laporan lengkap siasatan daripada Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) berhubung timbunan kayu balak di Sungai Telemong.

“Buat masa ini, perkara itu masih dalam siasatan dan tindakan dilakukan JPNP, jadi kita tunggu laporan dulu. Tentang dakwaan sama ada berlaku pembalakan atau tidak, kita tidak boleh buat andaian, saya beritahu mereka (JPNP) buat laporan sebaik mungkin dan kita tunggu hasil (siasatan) itu nanti,” katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ubai di sini hari ini. 

Dalam kejadian Sabtu lalu, empat mangsa dilaporkan meninggal dunia, dua hilang dan 10 lagi selamat selepas lima kereta dihanyutkan arus deras ekoran terperangkap di atas jambatan merentasi Sungai Telemong.

Sementara itu, ketika ditanya berkaitan pengurusan PPS di seluruh negeri ini, Wan Rosdy berkata, sepanjang bencana ini masih ada ruang untuk penambahbaikan. 

“Nak kata semuanya cemerlang, tidak juga, tapi memuaskan dan boleh diperbaiki. Kita tengok mana yang boleh kita perbaiki dan buat (persediaan) untuk menghadapi gelombang kedua. Kerajaan negeri telah menyediakan peruntukan RM200 sebulan kepada mangsa banjir yang kediaman mereka musnah sepenuhnya. Penyaluran bantuan itu akan dilakukan selama enam bulan bagi meringankan bebanan mangsa untuk memulakan kembali kehidupan mereka,”’katanya.

Bermula hari ini, kerajaan negeri menyerahkan bantuan wang ihsan RM1,000 daripada kerajaan Persekutuan dan RM500 kepada 77 Ketua Isi Rumah (KIR) di PPS SMK Dato’ Mahmud Mat, PPS SK Pulau Serai, PPS Kampung Ganchong Hulu, dan PPS SMK Ubai. -UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya