Padah cuba perdaya untuk curi kereta ketika banjir, lelaki kena reman dua hari - Utusan Malaysia

Padah cuba perdaya untuk curi kereta ketika banjir, lelaki kena reman dua hari

SEBUAH kereta jenis Honda City disyaki cuba dicuri seorang pemandu lori tunda di Jalan Persiaran Perusahaan, Seksyen 23 di Shah Alam, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Seorang pemandu lori tunda direman dua hari akibat cuba memperdaya pemilik sebuah kereta model Honda City yang disyaki cuba mencuri kenderaan itu di Seksyen 23, di sini hari ini.

Mahkamah Majistret membenarkan permohonan reman tersebut selepas lelaki berusia 26 tahun itu ditahan selepas pemilik kereta terbabit membuat laporan polis semalam, berhubung cubaan pemandu terbabit mencuri keretanya.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed, kereta berkenaan sebelum ini diletakkan pemiliknya seorang lelaki juga berusia 26 tahun di tepi Jalan Persiaran Perusahaan di Seksyen 23 di sini, pada pukul 6 petang 18 Disember lalu kerana kawasan itu dilanda banjir.

“Pengadu sebelum itu mendakwa meninggalkan kenderaan dalam keadaan baik dan berkunci, namun memaklumkan ketika datang ke lokasi pada 20 Disember lalu pada pukul 8.45 malam mendapati keretanya yang berwarna perak itu sudah berada di atas lori tunda milik sebuah syarikat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Belia menambah, susulan kejadian, pengadu dikatakan membuat hantaran dalam media sosial sebelum menjadi tular mengenai insiden terbabit dan mendapat perhatian polis.

Sebelum itu, lelaki berkenaan yang disahkan memandu sebuah lori  cuba mengambil kesempatan atas musibah banjir dengan memperdaya pemilik Honda City tersebut.

Dia mendakwa mendapat arahan untuk menunda kereta milik isteri pengadu untuk ditunda ke sebuah bengkel.

Jelas Arjunaidi, pengadu sempat membuat pemeriksaan dan mendapati bateri kereta hilang, nombor pendaftaran dipatahkan dan pelekat cukai kenderaan dicabut.

“Menurut pengadu lagi, lelaki terbabit mendakwa menerima arahan daripada seorang lelaki yang juga dikatakan menerima arahan daripada seorang lelaki lain,” ujarnya.

Bagaimanapun, pemandu trak itu ditahan dan disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya