Orang tengah kaut untung, bendi jadi RM8 sekilogram

Orang tengah kaut untung, bendi jadi RM8 sekilogram

NGWE Hee Sem (tengah) bersama pegawai KPDNHEP negeri memantau kadar harga sayur di Pasar Besar MBMB, Melaka, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Kewujudan orang tengah yang mengaut keuntungan atas angin mencecah RM2 dikesan menjadi punca kenaikan melambung harga barang terutama barang basah di Pasar Besar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Pengguna negeri, Ngwe Hee Sem berkata, perkara itu dikesan melalui pemeriksaan mengejut yang dilakukan bersama penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) negeri, hari ini.

Jelasnya, tindakan mengaut keuntungan atas angin itu membabitkan sehingga tiga peringkat sebelum bekalan barangan sampai kepada peniaga di pasar berkenaan.

“Kita dapati wujud pihak ketiga, keempat yang mengambil kesempatan mengaut keuntungan antara RM1 sehingga RM2 bagi setiap barang diterima dari kilang atau petani.

“Jadi apabila barangan ini diambil oleh para peniaga, harga bekalan menjadi mahal dan terpaksa dijual pada pengguna dengan kadar jauh lebih mahal dari kebiasaannya,” katanya pada sidang akhbar selepas membuat lawatan di Pasar Besar MBMB di Bachang, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pihaknya akan segera mengadakan pertemuan dengan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan, MAFI untuk mencari jalan penyelesaian terbaik menghapuskan peranan orang tengah berkenaan.

“Penglibatan orang tengah ini didedahkan sendiri oleh peniaga ayam, telur dan sayuran sehingga sayur bendi terpaksa dijual pada harga RM8 sekilogram, sedangkan harga di ladang hanya RM4 sekilogram. 

“Kita juga telah memeriksa harga bekalan yang diterima dan harga jualan ditetapkan oleh peniaga pasar, kadar ditetapkan adalah berpatutan dan kenaikan barang bukan datang dari peniaga,” jelasnya. 

Katanya lagi, beliau turut menyarankan agar Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan, FAMA turut sama memainkan peranan membekalkan bahan mentah kepada para peniaga bagi mengawal harga bekalan di pasar basah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya